01 July 2017

ELFIRA LOY DIRISIK KELUARGA SUFIAN SUHAIMI



Segala teka-teki mengenai hubungan pelakon Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi akhirnya terjawab apabila Sufian mengakui bahawa keluarganya telah merisik Elfira di kediaman pelakon itu semalam.

Kedua-dua artis itu turut berkongsi sedikit bayangan majlis berkenaan menerusi rakaman langsung di Insta Story.

Majlis merisik itu telah berlangsung di Cheras dengan pemberian sebentuk cincin tanda hubungan serius yang terjalin diantara mereka sejak empat bulan lalu.





"Tiada apa yang nak saya sembunyikan dengan apa yang terjadi pada hari ini. Ia benda baik. Itu saja yang saya boleh kongsi kerana tiada perbincangan lanjut untuk majlis seterusnya (kahwin)," kata penyanyi yang terkenal menerusi lagu 'Terakhir' itu.

Dalam masa sama, Sufian juga mengharapkan pengakhiran yang baik dalam hubungannya dengan Elfira.

"Tiada apa yang nak disembunyikan antara kami. Harap hubungan kami akan menemui penamat yang baik. Harap semua juga dapat mendoakan yang baik," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Elfira juga percaya majlis merisik yang berlangsung sebagai tanda kesungguhan Sufian untuk membawa hubungan mereka ke fasa serius.

"Ya, memang selain beraya, turut diadakan majlis merisik. Saya percaya apa yang terjadi ini sebagai memberi tahu isyarat kedudukan sebenar kami. Cuma fasa lanjut itu belum dibincangkan lagi.

"Saya menyenanginya dan selama ini, apa yang kami belajar, komunikasi itu penting dan menjadi teras hubungan kami," tuturnya.



Terdahulu, Elfira pernah menerima 23 kuntum bunga ros sempena sambutan hari lahirnya yang ke-23, Mac lalu daripada Sufian.

Malah Elfira juga mengejutkan ulang tahun ke-25 tahun Sufian, Mei lalu, dengan mengajaknya menaiki helikopter dan seterusnya meraikan hari lahir lelaki berkenaan di Seremban.

Kisah hubungan intim mereka bukan lagi rahsia. Apapun tahniah diucapkan kepada pasangan merpati dua sejoli ini. Semoga segala persiapan dan perancangan ke fasa seterusnya akan berjalan lancar.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian




         ________________________





No comments: