01 July 2017

DILAMAR RAY YAAKOB: "GADIS PALING BERUNTUNG" - MAWAR RASHID



"Saya harus akui tiada seorang pun pernah datang melamar saya sebelum ini dan saya gembira dan berharap dia adalah yang pertama dan terakhir, InsyaAllah.

"Untuk kejutan ini, saya diberitahu oleh jurugambar bahawa dia melakukan semua ini dengan sendiri. Dari memetik kelopak mawar satu demi satu, menyusun dan menyalakan lilin dengan beberapa kejutan lain.





"Saya nampak usahanya untuk membuatkan saya gembira dan saya benar-benar tersentuh. Dapat saya rasakan saya adalah gadis yang paling beruntung di dunia," kata pelakon Mawar Rashid, 23, yang telah menerima lamaran kekasihnya, Raf Yaakob, 31, kelmarin.

Mawar menerusi laman Instagramnya telah memuatnaik sekeping gambar untuk memaklumkan dia sudah dilamar adik kepada penyanyi Datuk Fazley Yaakob.

Ketika dilamar, pasangan ini berada dalam satu bulatan yang dikelilingi kelopak bunga ros merah dan putih. Manakala Raf pula melutut menghulurkan cincin kepada Mawar untuk melamarnya.

Klik untuk gambar besar


Lamaran itu bersaksikan taburan kelopak bunga ros merah dan putih yang turut disusun menjadi satu ayat berbunyi, Will U Marry Me?

Perkongsian tersebut telah peminat pasangan sangat gembira dengan berita yang disampaikan.

Nampak gayanya macam dah tak lama dapat merasa nasi minyak Mawar. Semoga segala persiapan perkahwinan pasangan ini akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.






www.myartis.com / Sumber: mStar




         ________________________





No comments: