01 July 2017

BEKAS SUAMI 'HEARTBREAK' - ELLY MAZLEIN 'BIDAS' BALIK KENYATAAN



Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein menerusi laman Instagram (IG) kelmarin telah tampil membidas balik kenyataan pelakon Faye Kusairi mengenai suaminya pengarah drama, Azmi Hatta yang 'heartbreak' (patah hati) kerana tidak dapat beraya bersama anak perempuannya, Putri Sara Sefhia.

"Sefhia berumur 1 tahun 3 bulan ya. Macam mana kakak lina nak bagi pada si bapa untuk bawa bermalam ke kampung halaman desa nan permai? Sefhia masih menyusu badan. Di manakah otak?

"Mahkamah sudah putuskan hanya boleh bermalam dengan Sefhia apabila sudah berumur 5 tahun.





"Jangan nak bagi orang luar confuse pasal hak penjagaan anak (BAYI) ya. Orang-orang macam ni lah yang suka buat ibu-ibu yang ada masalah / mereka yang belum berkahwin jadi takut tentang hak penjagaan anak lepas cerai.

"Mahkamah tidak Zalim memisahkan mama dan anak yang masih menyusu badan.

"Heartbreak kuih ketayap ikan terubuk masin kamu. Persiapan Sefhia RM1500 tak dapat lagi, lagi nak cerita pasal heartbreak kuih ketayap 🤣🤣

Klik untuk gambar besar


"Hari biasa ada Kamu nak datang tengok anak? Masa Sefhia masih baby tak sampai 1 bulan tengah sakit kuning, jengok anak pun tak sebab busy bcinta dengan Si Tembok lusoh. Hantar ke hospital medical check up Sefhia haram kamu nak hantar.

"Sekarang ada hati nak cerita pasal heartbreak? Senyum sampai gigi ketelinga lagi ada. Heartbreak mesin jahit hutang 20 kali bayar kamu.

"Ni ada hati nak ambil Sefhia sampai 4 hari di hari raya. Sefhia pun tak kenal Kamu & juga orang keliling kamu. Kalau sefhia menangis tak berhenti 4 hari tak ke kamu mendera budak itu?



"Hari raya pulak sebuk heartbreak kuih ketayap basi. Lawak Kamu sungguh sayu menangis di batu lesong sambil meminta mata mu di lesongkan 🤣🤣," tulis Elly di IG.

Menerusi perkongsian itu, rata-rata peminat turut sama menyokong kenyataan Elly dan membidas kembali tindakan pasangan pengantin baru, Faye dan Azmi.

Apapun diharap kemelut ini tidak berpanjangan, sekarang juga masih di bulan Syawal yang mulia.








www.myartis.com / Sumber: Elly Mazlein IG




         ________________________





No comments: