02 July 2017

CHE TA SEKELUARGA SAMBUNG 'MELARAM BAJU RAYA' DI LONDON



"Bukan apa, saya terikat dengan jadual penggambaran sebuah drama di sana, jadi senang cerita saya akan sambung beraya di kota London," demikian kata Rozita Che Wan , 44, atau lebih dipanggil Che Ta.

Dalam masa sama, Che Ta turut memberitahu yang dirinya hanya menghabiskan masa beraya seminggu sahaja sebelum berangkat ke kota London untuk beraya.

Perasan juga pada tahun ini Instagram Che Ta tidak dimeriahkan dengan gambar mereka sekeluarga melaram baju raya yang banyak.





Jika tahun sebelumnya Che Ta memberitahu dirinya mempunyai 98 pasang baju raya, tahun ini pula nampaknya rezeki beliau semakin bertambah apabila mempunyai 104 pasang baju raya.

Tidak mudah melatah dengan setiap butiran kecaman netizen berhubung jumlah baju raya yang dimiliki, Che Tidak mempunyai alasannya tersendiri.

"Memang saya memiliki 104 pasang baju raya pada tahun ini. Cuma, 10 pasang saja baju raya sendiri rekaan Rizman Ruzaini, selebihnya ditaja oleh Minaz

Klik untuk gambar besar


"Sebagai duta jenama pakaian berkenaan selama setahun, saya diberikan 94 baju dengan rekaan berlainan untuk hari raya sehingga penuh satu almari dibuatnya.

"Jadi, cukup-cukuplah mengecam saya kerana kesemua baju tersebut diperoleh secara percuma," jelasnya berhubung koleksi baju rayanya tahun ini.

Tidak lengkap rasanya kalau Che Ta tidak melaram baju raya di kota London nanti.


www.myartis.com / Sumber: Kosmo




         ________________________





No comments: