02 July 2017

4 GAMBAR - BILA ZILA BAKARIN SEKELUARGA LENGKAP BERBAJU MELAYU



Menerusi laman Instagram (IG), pelakon Zila Bakarin telah berkongsi gambar dia dan dua anak perempuannya tampil kelainan apabila menggayakan baju Melayu teluk belanga siap dengan sampin sebagai busana menyambut satu Syawal.

Iyelah... kebiasaan golongan wanita memilih baju kurung atau kebaya sebagai pilihan apabila tibanya hari raya tetapi tidak bagi dramatis ini.





Tahun ini, Zila menggayakan baju Melayu berona kuning, manakala dua anak perempuannya, Kaseh, 8, dan Chinta, 5, memakai baju Melayu warna merah jambu dan hijau pucuk pisang.

Nasib baik Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin tak pakaikan suaminya, Azri Azhar dengan baju kurung atau kebaya moden. Heh!

Walaupun ia jarang dibuat orang namun Zila dan anak-anaknya kelihatan bergaya dan stail mengenakan baju Melayu itu.

Klik untuk gambar besar


Pengikutnya di Instagram juga turut memuji keberanian pelakon itu tampil dengan kelainan selain ada peminat wanita yang ingin mencuba idea itu pada hari raya tahun hadapan.

Ada juga yang mengusik agar Zila sekeluarga memakai baju kurung pada tahun hadapan sebagai menampilkan kelainan. Haih! Macam mana la rupa agaknya suami Zila pakai baju kurung ya?

Nampaknya keberanian Zila memakai baju Melayu boleh jadi ikutan. Sama-sama kita tunggu raya tahun hadapan!






www.myartis.com / Sumber: mStar




         ________________________





No comments: