02 July 2017

TUTUP RUANGAN KOMEN DI IG - FAYE KUSAIRI TERASA DENGAN ELLY MAZLEIN?



Semua sedia maklum mengenai kenyataan balas dari penyanyi dan pelakon Elly Mazlein mengenai suaminya pengarah drama, Azmi Hatta yang 'heartbreak' (patah hati) kerana tidak dapat beraya bersama anak perempuannya, Putri Sara Sefhia

Selepas Elly Mazlein memuatnaik sebuah entri 'bidas' kelmarin, isteri baru Azmi iaitu pelakon Faye Kusairi telah menutup ruangan komen di laman Instagram (IG). Adakah Faye terasa dengan Elly ?





Faye bagaimana pun hanya menutup ruangan komen pada entri yang memaparkan gambar bersama suaminya Azmi Hatta dan anak tirinya itu sahaja.

Menerusi entri tersebut dia seolah-olah memberitahu Azmi sedih dan kecewa kerana tidak dapat beraya dengan seorang anak perempuannya iaitu anak hasil perkahwinannya dengan Elly.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak




         ________________________





No comments: