Selepas perceraian kali keduanya bersama penyanyi Adam (Akademi Fantasia musim ke-2) pada Januari tahun lalu, kita sudah lama tidak mendengar cerita bekas anggota kumpulan Elite iaitu Fiza Halim, 36.
Namun ketika umat Islam menyambut kemeriahan Syawal pada Ahad lalu, Fiza dilihat terbuka memuatnaik beberapa keping gambar mesra bersama seorang lelaki yang tidak kurang segaknya.
Hal ini sekali gus mengundang pertanyaan netizen, adakah itu suami terbaharu beliau? Persoalannya, bila dia kahwin?
Selidik punya selidik, memang sah Fiza ini sudah bergelar isteri orang apabila melihat entri di Instagram milik Jefri iaitu '@aljefri87', ada gambar Fiza yang sedang mesra membetulkan butang baju Melayu yang dipakai oleh Jefri dengan kapsyen: "Raya pertama done with my wifey".
Kapsyen berkenaan telah menjelaskan lagi hubungan tersebut. Pandai nampaknya Fiza atau nama penuhnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim simpan rahsia ye! Tahu-tahu dah kahwin hihi.
Difahamkan, suami Fiza yang baru itu merupakan seorang juruterbang yang juga duda anak tiga.
Cuba untuk menghubungi tuan empunya diri, namun sehingga kini tiada maklumbalas yang diberi oleh Fiza. Mungkin buat waktu sekarang pelakon filem 'Nana Tanjung 2' ini belum sedia berkongsi hubungannya dengan pemuda berkenaan.
Klik untuk gambar besar
Menyorot kisah perkahwinan Fiza dan Adam sebelum ini, pasangan ini bernikah pada September 2013 tetapi mereka tidak dikurniakan anak. Adam dan Fiza bercerai pada 28 April 2014 tetapi rujuk pada tahun sama.
Namun, tahun lalu, Fiza sekali lagi nekad menuntut cerai kerana melihat hubungan mereka tidak boleh dipertahankan lagi.
Buat kali kedua, Adam menceraikan Fiza dengan talak satu di rumah mereka di Gombak pada 21 September tahun lalu. Mereka kemudian mengesahkan lafaz cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Disember tahun lalu.
Semoga perkahwinan Fiza pada kali ini bekekalan sehingga ke anak cucu.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment