03 July 2017

BERGELAR IBU TUNGGAL - SERINA REDZUAWAN REDHA



"Saya redha dengan takdir yang telah tertulis dalam hidup saya, bergelar ibu tunggal pada usia yang muda. Tapi saya tak mahu dilihat lemah dan mengharapkan simpati orang ramai.

"Orang yang senasib dengan saya perlu teruskan hidup mencari rezeki demi anak-anak dan hidup sendiri. Jangan menangis atau mengeluh, bangun dan bangkitlah melawan segala-gala dugaan dan kesusahan.





"Betul, ada masanya memang sukar untuk menguruskan anak-anak seorang diri tetapi ayah mereka tidak melepaskan tanggungjawab terhadap keperluan anak-anak terutama dalam soal pelajaran," jelas anak kepada Chef Wan, Serina Redzuwan mengenai rumah tangganya.

Perkahwinan yang dibina dengan seorang jejaka Inggeris. Gavin Edward O’Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar pada 2010 telah menemui titik noktah.

Dikurniakan dua cahaya mata comel, Tristan Tareef, 6, dan Isabella Saffiya, 5, Serina nekad membuat keputusan iaitu memfailkan cerai selepas dirasakan sudah tidak bertemu lagi jalan untuk mereka berdamai.

Klik untuk gambar besar


Serina menerima semua ketetapan Yang Esa dengan hati dan minda terbuka kerana percaya pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik perpisahannya dengan bekas suami.

Selari dengan perkara tersebut, Serina dalam masa yang sama turut membuat pelbagai pekerjaan seperti berniaga kuetiau, menjual pelbagai produk, berlakon, mengacara, menjadi duta dan jurucakap di merata tempat.

Apa pun, semoga perjalanan kehidupan Serina dan keluarga dipermudahkan. Sesuatu yang pahit pada awalnya pasti memberi kemanisan di penghujung perjalanan.






www.myartis.com / Sumber: Utusan




         ________________________





No comments: