22 June 2017

MULA PROSES PANTANG TANPA BABY - RAJA FARAH TABAHKAN DIRI



Kita semua sedia maklum mengenai pelakon Raja Farah Raja Aziz yang mengalami keguguran ketika kandugannya berusia dua bulan.

Menerusi laman Instagram, Raja Farah telah meluahkan rasa sayu setelah mengalami keguguran beberapa hari sebelum menyambut Syawal.

"Bermulalah proses berpantang untuk saya.. tapi kali ni tanpa baby...😔.. Sedih... memang Amat sedih... tapi saya kena tabah.. Allah dah merancang sebaik-baiknya untuk saya....," tulisnya sayu.





Bagaimanapun, ibu kepada seorang anak itu tetap akur dengan ketentuan ilahi dan menganggap perkara itu mempunyai hikmah tersendiri.

"Gugur ketika kandungan 2 bulan.. mungkin kerana terlalu sibuk dengan baking & uruskan booth... takpelah... belum rezeki untuk Imran dapat adik.. 🙂.

Doakan saya cepat sembuh tubuh badan & semangat saya ye? Terima kasih semua....," katanya.

Untuk rekod, Raja Farah dan Iskandar bernikah pada 6 September 2015. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikuniakan seorang anak lelaki bernama Imran Iskandar.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Raja Farah IG




         ________________________





No comments: