"Alhamdulillah Syaikhul Islam is getting better now 😊. Blisters pun dah kering cuma nak keluar je kuping-kuping tu and ada fever sikit.
"Thank you for all the doa's from all ❤️❤️," kata Puteri Sarah Liyana mengenai anak sulung, Syaikhul Islam yang semakin pulih dari demam campak.
Menerusi entri sebelum ini di laman Instagram, isteri kepada pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof ini memberitahu bahawa anak lelakinya yang kini berusia dua bulan terkena demam campak.
Sarah memaklumkan perkara itu selepas anaknya membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Pantai Kuala Lumpur.
"Syaikhul Islam ou're officially 2 months old today baby. Kesian baby kena chicken pox but I know u're a strong baby and u are special 💪🏻.
"Eventho kena chickn pox but selera ada, tidur pun nyenyak 😊. There's a blessing in disguise bulan Ramadhan ni, In Sha Allah semuanya ok. ❤️ #doccakaptakbolehminumairkelapa #inshallahsembuh," tulisnya.
Pasangan itu juga telah memuatnaik gambar comel Syaikhul di Instagram milik anaknya sendiri, 'syaikulislam2017' dengan kapsyen 'Semoga Syaikhul Islam cepat sembuh dari chicken pox 🙏🏻🙏🏻 amin..'
Klik untuk gambar besar
Ramai peminat meluahkan rasa geram dengan kecomelan Syaikhul dan berharap anak sulung mereka segera sembuh.
Kata Sarah, dia berharap anak kesayangannya cepat sembuh dan kembali sihat seperti sediakala.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan beberapa petua untuk menghilangkan deman campak.
Terdahulu, Syamsul dan Sarah yang bernikah pada Mac 2014 itu dikurniakan cahaya mata sulung lelaki pada 19 April 2017 yang lalu.
www.myartis.com / Sumber: Puteri Sarah Liyana IG
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment