21 June 2017

KALI PERTAMA BERAYA SEBAGAI SUAMI - MAT DAN RASA TERUJA



"Sejak memeluk Islam sekitar tujuh tahun lalu. Sepanjang tempoh itu, saya hanya beraya bersama sahabat handai, manakala persiapan raya pula tidaklah semeriah kali ini.

"Bagaimanapun, bagi menyambut Syawal tahun ini, saya dan isteri sudah menempah empat pasang baju untuk dipakai sepanjang Aidilfitri.

"Saya sendiri tidak sabar untuk menikmati juadah raya seperti lemang dan rendang yang disediakan oleh isteri," kata personaliti televisyen, Mat Dan atau nama Islamnya, Kareef Danial, 28.





Menurut Mat dan, persiapan Aidilfitri tahun ini lebih meriah apabila buat kali pertama beliau bakal beraya sebagai suami.

Dalam masa sama, Mat Dan berkata sambutan perayaan kali ini pastinya berbeza dengan beberapa tahun sebelumnya kerana beliau sudah memiliki keluarga sendiri di negara ini.

Bagaimanapun, anak jati Britain itu memberitahu, beliau pada masa sama masih belajar melakukan persiapan sepatutnya bagi menyambut kedatangan Hari Raya.

"Sebelum ini, saya sambut Aidilfitri bersama beberapa rakan, sama ada di Kuala Lumpur atau Terengganu, dengan persiapan yang sederhana," ujarnya

Klik untuk gambar besar


Selain itu, Mat Dan juga mengurangkan aktiviti seninya sepanjang Ramadan dan Syawal bagi memberi peluang untuknya meraikan kedua-dua bulan mulia berkenaan bersama isteri tercinta, Nadifa Adnan, 28.

Malah, Mat Dan yang terkenal dengan rancangan kembara 'Mat Dan Kaki Jalan' dan 'Haramain Backpackers' memberitahu, beliau mahu menyambut perayaan kali ini di 'kampungnya', Terengganu, dan hanya akan kembali aktif dalam kerjaya seni selepas Aidilfitri.

Dalam perkembangan lain, Mat Dan memberiatahu yang beliau dan seorang rakannya akan bekerjasama melancarkan aplikasi atas talian yang dinamakan Koya TV, iaitu rancangan berbentuk travelog, khusus buat peminatnya yang gemar mengembara.

"Insya-Allah, jika semuanya berjalan lancar, aplikasi itu akan dilancarkan selewat-lewatnya penghujung tahun ini," tuturnya.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian




         ________________________





No comments: