Jika pada mulanya, ujian imbasan ketika kandungan isterinya, Nor Fatihah Mahad berusia tujuh bulan, menunjukkan mereka bakal menimang anak lelaki, tetapi lain pula jadinya apabila bintang filem 'Ophilia', Kodi Rasheed selamat menimang cahaya mata perempuan pada 1 Ramadan lalu (27 Mei 2017).
Namun begitu, Kodi yang sudah membuat persiapan pakaian dan kelengkapan untuk bayi lelaki, tidak kisah kerana apa yang penting anak mereka ini cukup sifat, sihat dan selamat termasuk isterinya.
Difahamkan, bayi sulung pasangan ini yang diberi nama 'Adinda Qaisara' itu selmat dilahirkan secara normal di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL), kira-kira jam 5.30 petang, Sabtu lalu.
"Mendengarkan itu, kami membuat persiapan pakaian dan kelengkapan untuk bakal 'hero' kami. Tetapi lain pula jadinya.
"Tapi saya dan isteri tak kisah kerana apa yang penting anak kami cukup sifat, sihat dan selamat termasuk isteri saya," katanya.
"Saya sangat bersyukur dengan kurniaan indah di bulan mulia ini. Selepas isteri keguguran kali pertama tahun lalu, Alhamdulillah, Allah beri rezeki ini kembali.
Klik untuk gambar besar
"Tak dapat saya gambarkan kegembiraan ini dengan kata-kata. Dia hadir bagai hadiah bermakna sempena keberkatan bulan Ramadan ini. Ciptaan Allah itu indah," ujarnya.
Kodi memberitahu, dia berada di sisi isterinya di ketika proses bersalin.
"Barulah saya tahu bagaimana perasaan sakit wanita yang bersalin. Memang besar pengorbanan mereka," katanya yang mendirinya rumah tangga bersama Nor Fatihah pada 31 Ogos 2015.
www.myartis.com / Sumber: Berita Harian
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment