03 June 2017

HARI INI - ANAK HAIRUL & HANIS, YUSUF ISKANDAR GENAP SETAHUN



Pejam celik... hari ini (3 Jun) putera sulung kepada pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang bernama Yusuf Iskandar telah genap setahun usianya.

Menerusi sebuah video yang dimuatnaik di laman Instagram (IG), terlihat wajah keterujaan Yusuf ketika menyambut ulangtahun kelahirannya yang pertama.

Reaksi wajah si comel yang teruja melihat percikan bunga api yang diletakkan di atas kek hari jadinya menarik perhatian pengikut IGnya.





Entri tersebut juga telah dibanjiri dengan ucapan tahniah dan selamat hari jadi daripada peminat Hanis Zalikha, Hairul Azreen dan Yusuf Iskandar.

Rata-rata peminat mendoakan kesihatan Yusuf dan mereka berharap agar dia membesar menjadi anak yang soleh.

Untuk makluman, Hanis dan Hairul telah bernikah pada 5 Jun 2015 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki hasil perkahwinan mereka.

Selamat hari lahir kami ucapkan buat Yusuf. Semoga putera Hairul dan Hanis ini membesar menjadi anak yang soleh, berjaya dunia akhirat, taat perintah Allah dan ibu bapa.

Klik untuk gambar besar



















www.myartis.com / Foto: Hairul Azreen IG, Hanis Zalikha IG & Yusuf Iskanadar IG




         ________________________





No comments: