23 June 2017

USIK-MENGUSIK DI IG - NETIZEN KAGUM DENGAN KEMESRAAN NORMAN & ABBY



Meskipun sudah tiada lagi ikatan rasmi (suami isteri), Norman Hakim dan Abby Abadi masih mengekalkan hubungan yang baik antara satu sama lain, apatah lagi mereka berkongsi tiga orang cahaya mata hasil perkahwinan mereka dahulu.

Ini terbukti apabila Norman dan Abby saling berbalas-balas komen mengusik satu sama lain di media sosial, terutama sekali posting yang berkenaan dengan anak-anak mereka.

Baru-baru ini, Norman telah memuatnaik gambar dua anaknya iaitu Mohammad Danish Hakim dan Marissa Damia Hakim.





Dalam gambar itu, Norman menulis bahawa dia amat merindui kedua-dua anaknya yang kini bersekolah di maahad tahfiz.

Melihat pada ruangan komen, Abby Abadi turut 'menyelit' dengan memberi kata-kata mengusik kepada bekas suaminya itu.

Kemesraan Abby dan Norman itu menerima pujian oleh netizen yang kagum melihat bagaimana bekas suami isteri ini berinteraksi, di samping memuji cara mereka mendidik anak-anak mereka.

Klik untuk gambar besar


Tidak kurang juga, ada yang turut memuji isteri kedua Norman, pelakon Memey Suhaiza kerana berjaya menjadi ibu tiri yang sangat baik melayan anak-anak tirinya.

Seronok lihat kerukunan keluarga Abby, Norman dan Memey ni. Cara mereka membesarkan anak-anak mereka penuh bertolak ansur dan dengan sepenuh kasih sayang.

Meskipun Abby dan Norman sudah berpisah, namun itu tidak bermakna mereka tidak boleh kekal bersahabat, kan?

Semoga hubungan baik bekas pasangan suami isteri ini boleh menjadi teladan kepada mereka yang mengalami situasi yang sama dalam keluarga.






www.myartis.com / Sumber: MNH & Norman Hakim IG




         ________________________





No comments: