23 June 2017

AKUI TAK CEREWET - FAHRIN AHMAD SERAH PERSIAPAN RAYA PADA ISTERI



Menyerahkan segala persiapan raya pada isterinya, Elena Eleas, pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad tidak kisah mengenai pemilihan tema warna pakaian raya sama ada sedondon ataupun tidak.

"Saya bukanlah seorang lelaki yang cerewet jadi saya tak kisah pun tentang pilihan warna asalkan isteri saya suka.

"Tentang persiapan, saya rasa biarlah isteri yang tentukan kerana dia lebih tahu apa yang terbaik untuk saya dan anak.





"Raya tahun ini agak istimewa dengan kehadiran anak sulung, Khalifa Fahrel. Usianya pun dah sembilan bulan jadi saya rasa tak sabar nak bawa dia beraya," kata Fahrin.

Mengulas mengenai kampung halaman, Fahrin memberitahu dia tidak mempunyai masalah kerana kedua-dua mereka berasal dari Johor Bahru.

"Itulah, untung juga berkahwin dengan pasangan satu negeri, tak perlu pening-pening fikir balik kampung siapa dulu. Masing-masing orang Johor, jadi tak adalah istilah bermasam muka di pagi raya," ujarnya.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak




         ________________________





No comments: