23 June 2017

TERLIBAT KEMALANGAN - PA ALIFF SYUKRI KINI STABIL



"Dugaan bulan ramdhan.. hidup ini macam roda.. kadang-kadang kala kita happy dan kadang kala kita sedih tanpa disangka...

"Alhamdulilah setelah menanti selepas 11 jam di bilik operasi, Ikbal selamat dan sudah sedar.. Terima kasih Allah..," demikian kata Datuk Aliff Syukri Kamarzaman atau Abang Terlajak Laris mengenai perbantu peribadinya (PA), Muhd Iqbal Sani.

Difahamkan, PA Datuk Aliff yang terlibat dalam satu kemalangan baru-baru ini telah dimasukkan ke Hospital Sunway Medical Centre.





"Suasana jam 4 pagi saya mengiringi beliau dalam penuh kesedihan... 10 jam di bilik bedah.. air mata saya tak mampu sudah menangis.. dari umur 19 tahun dia berkhidmat dengan saya sampai sekarang tiada penganti sehebat beliau..

"Iqbal kena kuat😰 dimana ada saya di situ ada awak.. kalau saya sakit awak paling susah dan awak selalu ada bila saya susah dan senang.. sukar saya menerima keadaan awak yang sihat dan ceria terlentang macam ni😰😰.

Klik untuk gambar besar


"Ya ALLAH kau selamatkanlah dan permudahkanlah segalanya untuk adikku ini..

"Mohon doakan PA saya yang saya dah anggap macam adik sendiri @muhdiqbalsani selamat.. janganlah jadi-jadi apa-apa dekat dia.. yang penting saya akan cuba membantu yang terbaik buat beliau😔😔😔," tulis Datuk Aliff sebelum ini.

Kami doakan semoga PA Datuk Aliff cepat sembuh dan dipermudahkan semua urusan. Amin.








www.myartis.com / Sumber & foto: Datuk Aliff IG & @wanzprince IG




         ________________________





No comments: