Pelawak, pelakon dan pengacara Zizan Razak telah selamat berangkat ke Tanah Suci baru-baru ini dan kini sedang menunaikan ibadah Umrah.
Ketika menunaikan ibadah umrah, pelakon filem 'Polis Evo' itu memuatnaik gambar yang menampilkan imej terbarunya yang berkepala botak menerusi laman Instagramnya.
Imej tersebut telah membuatkan peminat terkejut kerana semenjak terlibat dalam industri seni bermula tahun 2007, Zizan tidak pernah tampil membotakkan kepala.
Dek kerana itu, ada peminat yang sempat bergurau dengan Zizan apabila menyamakan penampilan terbarunya itu dengan salah sebuah watak dalam filem 'Sivaji The Boss' dan penyanyi terkenal antarabangsa, Pitbull.
Klik untuk gambar besar
Selain gurauan tersebut, rata-rata komen yang ditinggalkan di laman Instagram Zizan mendoakan agar jejaka itu dipermudahkan urusannya semasa mengerjakan ibadah.
Kali terakhir Zizan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadah Umrah adalah pada bulan Jun tahun lalu.
Apapun, kami mendoakan semoga Zizan mendapat Umrah yang mabrur, Insya-Allah.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment