17 June 2017

DIKASARI 2 PEMUDA KETIKA MENYAMAR - SHAHROL SHIRO RASA KESAL & KECEWA



"Kami tidak buat apa-apa tetapi mereka datang tiba-tiba dan halau. Saya minta mereka bertenang tetapi rayuan kami tidak diendahkan.

"Mereka berkasar dengan kami, mencekik leher dan menolak saya sehingga terjatuh," demikian kata pelawak Shahrol Shiro mengenai dirinya yang dikasari dua pemuda ketika sedang menyamar sebagai gelandangan.

Menerusi video yang telah tular di media sosial Facebook (FB), sejak kelmarin, Shahrol yang sedang berehat di kawasan berhampiran Dataran Merdeka bersama seorang krew MaxMan TV, telah dihalau dua lelaki tersebut.





Lebih malang lagi, apabila pelawak tersebut ditolak sehingga terjatuh oleh pemuda-pemuda itu yang mendakwa mereka 'menjaga' kawasan tersebut.

Bukan itu sahaja, malah dua lelaki berbaju hitam itu turut berlagak seperti polis dan memeriksa tubuh Shahrol dan krew MaxMan TV.

Shahrol berkata, dia terkejut apabila dikasari sedemikian kerana tidak melakukan sebarang kesalahan selain berehat melepaskan penat dan menumpang tidur.

Kejadian tersebut berlaku ketika Shahrol sedang menjalani penggambaran untuk salah sebuah episod program sosial eksperimen yang disiarkan di platform Astro Gempak dengan kerjasama MaxManTV bertajuk, 'Undercover Selebriti'.

Klik untuk gambar besar


Tambah Shahrol lagi, dia kecewa dengan tindakan dua lelaki terbabit yang tidak berhati perut kerana sanggup melayan gelandangan sebegitu rupa.

"Saya tidak sangka golongan gelandangan dilayan dengan teruk oleh sesetengah masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

"Malah golongan ini sering di salah anggap sebagai penagih dadah dan penyumbang gejala sosial yang berlaku di kawasan tersebut.

"Kalau beginilah mentaliti orang kita, saya rasa masih jauh untuk kita mencapai status negara maju," luahnya kesal.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak




         ________________________





No comments: