17 June 2017

VIDEO - LAUNGAN AZAN ALIF SATAR CAIRKAN HATI PEMINAT



Penyanyi dan pelakon Alif Satar malam semalam telah mencairkan semua hati peminatnya, dek kemerduan suaranya ketika sedang melaungkan azan di sebuah majlis.

Melihat komen video tersebut yang dikongsikan oleh pelakon Hairul Azreen di laman Instagramnya, ramai pengguna sosial media memuji kelunakan suara serta mengagumi dengan bakat dan kebolehan yang ada pada pengacara tersebut.

Aliff yang berbaju kemeja putih kelihatan sungguh yakin dan lancar seperti sudah biasa melakukannya.





Menyedari videonya telah menjadi bualan hangat, Alif sempat meninggalkan pesanan yang ringkas pada rakannya itu.

Hmmm… mungkin Alif agak segan bila menerima terlalu banyak pujian termasuk Hairul yang menjadikan bapa kepada dua orang anak ini sebagai idolanya.

Apa pun, kami memang puji kebolehan yang Alif ada. Bukan sahaja berbakat dalam bidang pengacaraan, nyanyian dan boleh berlakon, Alif juga dikatakan bijak dalam ilmu agama.

Untung isteri Alif kan...










ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON


www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan




         ________________________





No comments: