18 June 2017

SHAHEIZY SAM & SYATILLA MELVIN NAMAKAN ANAK 'SYERIV SAMHEIZY'



"Yeay tak sabar mahu pulang, haa hampa nak tau sangat nama baby boy. Nah itu pergi eja sendiri @syerivsamheizy," tulis isteri Shaheizy Sam, Syatilla Melvin di laman Instagram miliknya.

Nama unik bayi lelaki yang dilahirkan pada 9 Mei lalu itu diumumkan oleh pasangan ini menerusi laman Instagram masing-masing semalam beserta gambar sebuah katil bayi.

Melihat pada Instagram Shaheizy, beliau telah menyatakan perasaan terujanya.





"Tinggal beberapa hari sahaja putera @syerivsamheizy akan pulang ke istana dan menguasai katilnya. Yeay!," katanya.

Bagaimanapun, sehingga kini, pasangan ini masih belum mendedahkan wajah bayi lelaki tersebut kepada umum.

"Sapa nak tengok muka baby boy? Hampa tunggu sat," jelas Syatilla.

Untuk rekod, Shaheizy dan Syatilla bernikah pada 8 Februari 2016 iaitu pada ulangtahun kelahiran Syatilla.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: mStar




         ________________________





No comments: