18 June 2017

ALMY NADIA TERHARU SUAMI HADIAHKAN KERETA TOYOTA VELLFIRE



Amboiii... sweetnya Fizz Fairuz apabila menghadiahkan isterinya, Almy Nadia sebuah kereta Toyota Vellfire.

Menurut Almy, suaminya itu menghadiahkannya kereta itu sempena ulangtahun kelahirannya yang telah pun berlalu.

Namun, Fizz membuat keputusan untuk memberikan kejutan buat isterinya apabila memberitahu kereta itu miliknya. Rata-rata peminat turut tumpang gembira melihat keluarga bahagia ini.





"Hihihihiji encik suami buat suprise today.. katanya kereta sewa tapi tengok nombor plat hhahahhahahaha.. katanya hadiah birthday..

"Sebab sepatutnya kereta ni keluar masa birthday kami hihihihi. Tapi tak apa.. usaha keras encik suami beberapa tahun.. tq tq sayang," kata Almy di laman Instagramnya.

Untuk pengetahuan, pasangan ini baru sahaja menimang cahaya mata kedua beberapa bulan lalu. Patutlah makin bertambah dan dimurahkan rezeki pasangan ini, mungkin rezeki anak-anak.

Apapun tahniah buat Almy dan Fizz, tahun ini bolehlah melaram kereta baru di hari raya!

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Almy Nadia IG




         ________________________





No comments: