"Sebagai isteri, saya lebih senang meletakkan keputusan itu kepada suami. Ia lebih baik daripada kita mahu bergaduh hingga mengganggu-gugat keharmonian rumah tangga juga hubungan kekeluargaan dengan isteri pertama.
"Bukankah suami itu ketua keluarga, jadi saya percaya apa juga keputusan diambil adalah yang terbaik untuk kedua-dua pihak," kata penyanyi Adira Suhaimi, 25, yang meletakkan keputusan balik raya ini sepenuhnya kepada suami.
Bagi Adira yang berkahwin dengan ahli perniagaan hartanah, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red pada 3 Disember 2015, perkara itu langsung tidak menjadi masalah baginya.
Adira yang menjadi isteri kedua berkata, dalam hal membabitkan dirinya, suami dan isteri pertama mengamalkan sikap bertimbang rasa sejak bernikah.
Hasil pernikahan dengan Datuk Red, pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Anggerik, yang dilahirkan Mac lalu.
Isteri pertama Datuk Red dikenali sebagai Sharifah atau Datin Red mempunyai tiga anak.
Kata Adira, tahun ini dia mengambil keputusan untuk beraya di kampung halamannya di Ranau, Sabah bersama Anggerik.
Klik untuk gambar besar
"Kalau suami tidak bersama saya pun ia tidak perlu dijadikan isu. Buat apa hendak gaduh-gaduh, bukankah kita beraya sebulan. Banyak lagi masa untuk suami dan saya beraya bersama," ujarnya.
Sudah tentu tahun ini persiapan dibuat Adira untuk menyambut Aidilfitri lebih meriah dengan kehadiran Anggerik.
"Hendak kata meriah sangat tidak juga kerana biasanya saya menyambut hari raya secara bersederhana. Hendak membeli sakan baju raya untuk Anggerik pun takut nanti hanya pakai sekali.
"Budak-budak tengah hendak membesar, nanti kalau beli baju berpasang-pasang pakainya hanya sekejap. Tambah pula harga baju budak-budak sama harganya dengan orang dewasa," tuturnya.
www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment