10 July 2017

AAISYAH DHIA RANA 'BERBIKINI' - NETIZEN TEGUR SEKSI



Semua mengetahui bahawa Aaisyah Dhia Rana antara anak selebriti yang paling popular dan sering mencuri perhatian ramai.

Ini kerana anak perempuan Rozita Che Wan dan Zain Saidin bukan sahaja wajahnya yang comel tetapi fesyen beliau yang sentiasa 'up to date' itu menarik perhatian.

Namun baru-baru ini, Che Ta ada memuatnaik gambar Aaisyah sedang santai di tepi kolam renang bersama sepupunya.





Tapi apa yang menarik perhatian netizen adalah cara pemakaian Aaisyah kali ini yang agak terdedah.

Mereka menegur pakaian Aaisyah seksi dan tidak bersesuaian dengan umurnya. Dalam masa sama, netizen sebenarnya risau dengan keselamatan Aaisyah.

Umum mengetahui sekarang memang banyak kanak-kanak menjadi mangsa pedophilia.

Mungkin juga apa yang dikatakan oleh netizen itu ada betulnya, dalam memuatnaik gambar comel Aaisyah kena berhati-hati juga. Zaman sekarang, pelbagai perkara boleh berlaku.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Rozita Che Wan




         ________________________





No comments: