23 July 2017

AKSI 'MANJA' SYAFIQ KYLE & HANNAH DELISHA DIKECAM



Gara-gara babak 'manja' pelakon Syafiq Kyle dengan pelakon Hannah Delisha, drama 'Mencintaimu Mr Photographer' yang sebelum ini mendapat sambutan yang agak baik daripada penonton itu kini bertukar menjadi kecaman netizen

Rata-rata menyifatkan 'Mencintaimu Mr Photoghrapher' adalah sebuah drama yang sanggup mengabaikan nilai sensitiviti masyarakat beragama Islam apabila terdapat adegan yang tidak sepatutnya disiarkan.

Antara yang menjadi perhatian apabila babak Syafiq yang dilihat memeluk sambil menyandarkan kepalanya pada bahagian atas dada Hannah.





Malah, ada juga netizen yang membandingkan Syafiq bersama aktor lain yang tidak perlu beraksi 'melampau' mahupun bersentuhan dengan wanita lain tetapi masih dapat membawakan watak yang diberikan dengan baik.

Berbicara mengenai isu ini, Syafiq memberitahu yang dia tidak pernah meletakkan apa-apa syarat sama ada untuk menyentuh seseorang ataupun tidak sebaliknya mahu melihat lakonannya mempunyai kualiti.

Katanya, apa yang dilakonkan itu adalah sebagai memenuhi jalan cerita drama berkenaan.

Klik untuk gambar besar


"Saya ada teori saya sendiri dan ada juga drama yang saya tak pegang langsung. Kita ikut skrip dan penonton boleh bersuara jangan bersentuh, itu... ini.

"Tetapi mereka tak ada kuasa untuk menilai saya siapa, Hannah siapa atau director siapa kerana kita masing-masing tahu apa yang kita kerjakan," katanya yang sudah menjangkakan aksi itu akan menjadi isu.

Setiap pelakon mempunyai cara yang berbeza untuk 'menghidupkan' watak yang diberikan. Jika tuan empunya badan tidak kisah dikritik demi lakonan yang berkualiti, apa lagi yang hendak dikatakan?










www.myartis.com / Sumber: mStar




         ________________________





No comments: