23 July 2017

14 GAMBAR - RAGAM & WAJAH TERKINI INARA, ANAK IDZHAM ISMAIL



"Bersyukur sangat sebab Inara dah selesai melakukan pembedahan dan semakin sihat.

"Seawal kelahiran Inara, daddy asyik tengok Inara dari jauh, tak dapat pegang, tak dapat peluk macam orang lain peluk anak dia.

"Pernah daddy tanya "kenapa Inara yang dipilih" hampir jatuh daddy masa tu bila dapat tahu Inara sakit, hampir mengalah daddy bila buntu untuk cari jalan untuk operation Inara.





Hari-hari daddy ulang alik hospital Shah Alam, tak pernah missed sehari pon sebab daddy asyik rindu je nak tengok anak daddy ni & bagi semangat.

"Alhamdulillah Allah dah bagi Inara ke pangkuan daddy. Daddy dapat peluk dapat dodoi dapat baring sebelah princess daddy ni.

"Sekarang Inara dah pandai kencing dekat daddy masa mandikan. Pandai yak masa daddy basuh badan Inara. Semua tu daddy gelak je walaupon daddy kena mandi semula haha.

Klik untuk gambar besar


"Hari-hari daddy doa tak perlu ke hospital lagi dah. Daddy nak princess daddy ni sihat walafiat, daddy akan sentiasa jaga anak daddy ni dengan cara daddy sendiri.

"Daddy tahu apa yang terbaik untuk princess daddy ni. Terima kasih Allah," tulis pelakon Idzham Ismail mengenai anak sulung hasil perkahwinan dengan Siti Nur Abilah Shamsudin (Bella Sudeen)

Untuk makluman, anak kepada pelakon yang mula dikenali dengan watak Panjang menerusi drama bersiri Juvana ini dilahirkan di Hospital Shah Alam pada 24 Mei lalu.



Ketika kelahiran Inara, pakar dari hospital Serdang mengesahkan anak perempuan pasangan ini mempunyai komplikasi jantung yang dipanggil Transposition of Great Arteries (TGA).

Pada 19 Jun lalu, pembedahan ke atas Inara telah berlangsung selama tujuh jam dan ia berjaya dilakukan dengan sempurna oleh pakar bedah IJN.

Alhamdulillah... Inara kini semakin sihat sejak menjalani pembedahan tersebut. Semoga Inara membesar dengan penuh kasih sayang dan mendapat rahmat daripada Allah SWT.























www.myartis.com / Sumber: Idzham Ismail IG & Bella Sudeen IG




         ________________________





No comments: