24 July 2017

"GURAU PASAL JAM ROLEX PUN JADI ISU" - ALIFF SYUKRI



Dek kerana memuatnaik video sedang makan ditengah-tengah kawasan lapang di Switzerland sambil menunjukkan jam tangan Rolex yang baru sahaja beliau beli, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman menerima kecaman daripada netizen.

Menerusi Instagram, Aliff sempat meluahkan rasa sedih kerana dikritik gara-gara bergurau beliau mempunyai jam tangan mahal berjenama Rolex tempoh hari.

"Kenapalah orang melayu ni suka mengutuk. Saya bergurau saja pasal jam rolex tu pun boleh jadi isu gara-gara makan di lantai cuba tengok balik video tu. Kalau korang tau dan biasa ke oversea tau lah kenapa saya buat macam ni.





"Saya pergi by group lebih 13 orang kalau 12 hari nak makan kat luar mahu 70k-100k untuk makan saja jadi tak salah kan kalau saya nak berjimat," luahnya menerusi akaun Instagram mengenai kecaman yang diterimanya.

Dalam pada yang mengeji, ramai juga yang masih menyokong Aliff dan menasihatinya supaya mengabaikan sahaja mulut jahat diluar sana yang sentiasa mencari kesalahan orang lain.

Ada juga yang bangga dengan peribadi Aliff yang bersahaja dan rendah diri walaupun di negara orang.

Klik untuk gambar besar




Terdahulu Aliff telah memuatnaik sebuah video menunjukkan beliau sedang menjamu air tangan isteri yang dibekalkan lalu berhenti di tepi jalan untuk makan.

Dalam masa yang sama Aliff sempat lagi bergurau dengan haters yang mengutuknya dengan menunjukkan jam tangan mahal beliau.

Seperti biasa terus panas telinga orang Malaysia mendengarnya dan terus mendakwa sikap Aliff yang terlalu riak menunjukkan kekayaannya. Pelbagai komen panas lagi ditujukan buat usahawan ini.

Apapun empunya badan juga berkata ianya gurauan, jadi janganlah serius sangat.










www.myartis.com / Sumber: Aliff Syukri IG




         ________________________





No comments: