05 July 2017

AL-FATIHAH - OSMAN ZAILANI KEMBALI KE RAHMATULLAH



Pada jam 9.30 malam semalam, pelakon veteran, Osman Zailani telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 85 tahun di Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) di Singapura.

Berita pemergian Allahyarham disampaikan cucunya yang juga penyanyi, Hady Mirza menerusi Facebook kira-kira 11 malam semalam.

"Salam semua. Datuk saya sudah kembali ke Rahmatullah pada jam 9.30 malam tadi di KTPH. Mohon sedekahkan al-Fatihah," tulis Hady.





Bagaimanapun, Hady tidak menyebut punca kematian datuknya itu.

Jenazah Osman atau nama sebenarnya Mohammad Bin Kechut dibawa pulang dari hospital ke kediaman Allahyarham di Yishun dan dijangka dikebumikan selepas solat Zohor esok.

Allahyarham mewarnai industri seni Singapura dan Malaysia menerusi drama dan filem antaranya PJ Holdings, Sesejuk Air Mata Ibu dan Suratan Kasih.

Klik untuk gambar besar


Jenazah Osman dibawa pulang dari hospital ke kediaman Allahyarham di Yishun dan dijangka dikebumikan selepas solat Zohor hari ini.

Pelakon yang popular dengan drama bersiri PJ Holdings di Malaysia pada awal 1980-an itu dikatakan sudah terlantar sakit sejak lebih dua minggu lalu.

Selain PJ Holdings, Allahyarham turut membintangi beberapa filem di Malaysia dan Singapura antaranya 'Sesejuk Air Mata Ibu', 'Tujuh Biang Keladi', 'Suratan Kasih' dan 'Banting'.

Pada 1979, Allahyarham pernah membawa watak Ong Lee dalam siri televisyen popular Hawaii Five-O dan juga watak Bob dalam filem Saint Jack.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Harian Metro




         ________________________





No comments: