04 July 2017

ISTERI TERUK DIKECAM, HAFIZ HAMIDUN NAFI SEDAR ISTERINYA SEKSI



"Saya tak mengikuti Joy di Instagram, jadi saya tak tahu tentang foto tersebut.

"Malah, rasanya isteri dah sekat akaun saya di Instagram dan sebab itu saya tidak boleh lihat foto-foto yang dikongsinya," demikian alasan Hafiz Hamidun mengenai gambar seksi isterinya yang menjadi bahan kutukan di internet.

"Jadi, buat masa sekarang ini tak ada apa yang boleh saya komen," tambahnya dipetik sebagai berkata kepada media.





Untuk info, isu tersebut menjadi hangat apabila isterinya Joyrevfa atau Joy memuat naik foto di Instagram dengan berpakaian tidak sesuai dengan imej sebagai wanita bertudung meskipun ia merupakan salah satu foto untuk promosi produknya, Merve.

Gara-gara itu, Joy telah dikecam teruk oleh netizen kerana berpendapat pakaian itu seksi kerana ia seolah-olah menampakkan bahagian dada walaupun dia memakai anak baju dengan kain warna kulit.

Terdahulu, Hafiz mengakui yang dia sebenarnya turut disekat untuk menjadi pengikut di Instagram milik isterinya sendiri.

Oleh yang demikian, Hafiz menafikan yang dia dapat melihat foto-foto yang dikongsi oleh isterinya itu di Instagram.

Hafiz dan Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin, 30, yang merupakan janda anak satu berkahwin pada 1 Mei lalu di Shah Alam, Selangor.







Sumber: Mstar


         ________________________





No comments: