28 July 2017

ALIFF AZIZ DITAHAN CEDERAKAN ISTERI: "APA PATUT KITA BUAT" - ANZALNA


"Helooo sabar ye aunty ni tengah tolong siasat untuk korang. Kalau @afifahnasir93 bersalah maka haruslah bertaubat dan minta maaf. Tapi sekiranya kalau pihak sana bersalah apa patut kita buat.

"Makcik tolong selesai masalah i. Penat dah diorang type tu.... Masing-masing tak sabar nak tau kebenaran.. termasuk la i!

"Hahahhahahahahahaha #jangandengarsebelahpihaksahaja," tulis pelakon Anzalna Nasir di laman Instagram selepas menerima kecaman berhubung isu adiknya, Afifah Nasir yang didakwa menjadi orang ketiga dalam rumahtangga Aliff Aziz dan Bella Astillah.





Hari ini, kecoh satu Malaysia apabila berita penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura ini mengasari isterinya, Bella Astillah yang sedang dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak sulung mereka.

Kejadian itu berlaku apabila Bella menangkap suaminya berduaan di sebuah bilik karaoke di Taman Shamelin, Cheras, dengan seorang gadis.

Bella ke premis terbabit bersama ibunya itu mengalami kecederaan di muka dan lutut akibat dibaling telefon oleh Aliff yang berang dengannya.

"Dia marah apabila saya merakam gambarnya bersama wanita itu dan merampas telefon bimbit di tangan saya.

Klik untuk gambar besar


"Ketika itu kami bergelut manakala telefon saya dipegang oleh wanita terbabit yang cuba memadam bukti itu. Akibat pergelutan itu saya luka di dahi dan lutut," katanya.

Menurut Bella, dia sudah mengetahui bahawa suaminya itu mempunyai hubungan dengan wanita berkenaan sejak hamil lagi namun memaafkannya pada Ramadan lalu.

"Saya dapat tahu Alif ada wanita lain ketika sarat hamil. Sudah banyak kali 'kantoi'. Walaupun sedih saya memaafkan dia pada Ramadan lalu.



"Bagaimanapun saya tidak sangka, mereka masih keluar berdua meskipun wanita itu tahu saya kini dalam pantang.

"Saya juga sudah menasihati wanita itu supaya tidak mendekati Alif lagi tetapi dia tidak peduli. Malah, dia menegaskan sudah mempunyai teman lelaki dan Alif yang mencarinya.

"Saya ada bukti mereka menjalin hubungan termasuklah perbualan di aplikasi WhatsApp," jelas Bella yang turut berkata yang adik kepada seorang pelakon wanita terkenal itu sering menggoda suaminya di set penggambaran drama 'Izinkan Aku Mencintaimu'.

Difahamkan, Bella telah membuat laporan polis di Balai Polis Cheras mendakwa dia telah dipukul oleh Aliff.



Jurucakap polis memberitahu, mangsa yang berasa tidak puas hati telah memarahi suaminya serta mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya sebagai bukti.

Aliff telah ditahan awal pagi ini dan dibawa ke lokap Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Sementara itu, Afifah mendakwa wujud salah faham berhubung insiden membabitkan seorang rakan artis dan isteri yang turut mengheret namanya dalam kes berkenaan.

Katanya, pertemuan dengan artis lelaki itu semalam adalah atas urusan produksi, bukan seperti dakwaan pihak tertentu.

ANZALNA NASIR


Artis berusia 24 tahun itu berkata, isu berkenaan akan dijawab wakil syarikat terbabit.

"Saya masih terkejut. Kenyataan yang dikeluarkan tidak betul. Pihak produksi mengetahui perkara sebenar dan mereka akan mengeluarkan kenyataan.

"Saya sedar ramai yang menyalahkan saya sekarang. Saya minta maaf kerana tidak boleh memberi ulasan lanjut.

"Apa yang pasti, saya tidak akan membuat perkara yang menjatuhkan nama sendiri dan keluarga," tuturnya.

AFIFAH NASIR



www.myartis.com / Sumber: Utusan, Harian Metro, Berita Harian & Anzalna Nasir IG




         ________________________



No comments: