28 July 2017

17 GAMBAR - SEKALI LAFAZ, SITI SALEHA KINI SAH BERGELAR ISTERI


Tahniah kami ucapkan kepada pelakon drama '7 Hari Mencintaiku', Siti Saleha, 27, yang telah sah bergelar isteri Ahmad Lutfi Azhar 31, yang merupakan seorang pegawai kerajaan.

Pasangan yang mulai rapat sejak setahun lalu itu selamat dinikahkan oleh bapa artis wanita terbabit, Mohd Baharum Abdul Rahman, di hadapan Imam Masjid Taqwa TTDI Jaya, Ustaz Mohd Fadlullah Md Noor, kira-kira jam 3.40 petang tadi.

Kelihatan tenang ketika majlis berlangsung, Saleha atau nama penuhnya Siti Saleha Mohd Baharum, bagaimanapun menitiskan air mata sebaik saja mereka disahkan sebagai suami isteri.





Saleha yang juga adik kepada vokalis kumpulan Bunkface, Sam, menerima mas kahwin berjumlah RM500, sementara wang hantaran pula dirahsiakan jumlahnya.

Pada majlis itu, pengantin lelaki turut menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pengantin perempuan.

"Syukur akhirnya semua dipermudahkan dan doakan agar kami terus bersama di dunia dan akhirat. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan memeriahkan majlis kami pada hari ini," katanya.

Klik untuk gambar besar


Pernikahan mereka turut disaksikan kira-kira 200 tetamu, terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.

Difahamkan, majlis resepsi pasangan terbabit akan diadakan di sebuah pusat konvensyen, esok.

Lutfi melamar Saleha di Cancun, Mexico, pada awal 2016 ketika menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka dan sekembalinya ke tanah air, masing-masing mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan.

Saleha dan Lutfi mengikat tali pertunangan pada majlis tertutup di kediaman keluarganya di Bandar Puteri, Klang, Selangor, pada 26 November lalu.
































www.myartis.com / Sumber: Berita Harian




         ________________________



No comments: