29 July 2017

MAKAN TEPI JALAN DI LUAR NEGARA - ALIFF SYUKRI DITEGUR CHEF WAN


"You pun satu, mana satu restaurant yang kasi orang guna tempat mereka untuk makan dan beli air saja. Depa (mereka) berniaga macam you pasti la need the table for the guests. Why la makan anak beranak tepi jalan mcm tu.

"There so many park where you can find table to eat when u travel all over Switzerland. Saya pun dah berpuluh kali di sana….Aliff..Aliff!. It’s not good image to eat in public macam ni for Malaysia tau.





"You bukan tak ada duit punya orang Dato! Image as rakyat Malaysia mesti kita jaga bila abroad. Please, you need to stop this!" tegur chef popular iaitu Datuk Chef Wan pada jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman di ruangan komen pada video tersebut.

Perkara tersebut mendapat perhatian Chef Wan selepas Datuk Aliff meluahkan rasa sedih tersebut menerusi laman Instagram dengan memuatnaik video beliau sekeluarga makan di tepi jalan dek kerana dihalau daripada sebuah restoran.

Aliff menjelaskan bahawa sebuah restoran tidak membenarkan mereka sekeluarga makan di tempat berkenaan walaupun dia memesan air.

Klik untuk gambar besar


"Sedih saya bila bawa pergi restoran bawa bekal sebab kat sini makanan halal amat susah nak dapat.. baru je cadang nak order lah air biar cover sikit nak tumpang makan.. tapi kami kena halau.. jadi kami makan lah di tepi jalan," luahnya di IG.

Sementara itu, seperti biasa, perbalahan turut berlaku apabila ada pihak yang mempertahankan perbuatan Aliff namun tidak kurang yang menyifatkan Aliff bagaikan terlalu mencuba untuk menjadi rendah diri.

Iyelah... sudah menjadi kebiasaan apabila pengasas produk D'Herbs dan keluarganya membawa bekal ke mana saja mereka pergi.



Namun kadang kala jika ikut kemampuan Aiff, sebenarnya boleh saja mereka cari tempat yang lebih sesuai untuk makan bekal bersama, tidak ada salahnya pun.

Ada betul juga kata-kata Chef Wan. Apabila kita berada di luar negara, kita membawa nama Malaysia. Jadi tingkah laku dan adab itu kenalah jaga. Jangan sampai malukan nama negara tercinta.

Apapun, semoga Aliff sekeluarga selamat pulang ke Malaysia nanti. Mujurlah Malaysia masih banyak meja untuk dijadikan tempat untuk makan sebentar bersama keluarga dengan bekal yang dibawa.




www.myartis.com / Sumber: Datuk Aliff IG & Chef Wan IG




         ________________________



No comments: