29 July 2017

VIDEO - BILA ALIFF AZIZ, ADIK ANZALNA 'MESRA BERPIMPIN TANGAN'


Isu penyanyi dan pelakon yang berasal dari Singapura, Aliff Aziz yang memukul isterinya, Bella Astillah di pusat hiburan kerana setelah isterinya menyerbu lokasi berkenaan masih belum reda.

Malah tambah hangat lagi apabila kini tersebar pula video di laman sosial yang menunjukkan susuk tubuh lelaki, wanita berpegangan tangan dan juga video pendek pertelingkahan yang berlaku.

Menurut komentar dari netizen, ramai yang mendakwa lelaki dan wanita tersebut adalah Aliff dan adik Anzalna Nasir, Afifah Nasir.

Namun ia tidak dapat dipastikan kerana kualiti CCTV yang kurang memberangsangkan.





Selain itu, terdapat satu lagi rakaman video pendek yang mempunyi suara yang menyoal individu dipercayai di dalam bilik karaoke tersebut.

Dalam pada itu, Anzalna turut menyuarakan pendapat bahawa apa yang tersebar kini hanyalah daripada satu pihak saja manakala Bella pula mempersoalkan apakah yang dilakukan oleh Afifah sehingga suaminya itu tergila-gilakan wanita tersebut.

Kita tunggu perkembangan terbaru kisah ini. Apa pun, semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan tenteram. dan sama-sama kita nantikan penjelasan daripada pihak terbabit.

Klik untuk gambar besar
Kiri: Aliff Aziz bersama isteri, Bella Astillah - Kanan: Adik Anzalna Nasir, Afifah Nasir





KLIK LINK DIBAWAH INI UNTUK TONTON VIDEO:

VIDEO 1
VIDEO 2


www.myartis.com / Sumber: Ziman de Fourthyseven FB




         ________________________



No comments: