29 July 2017

TAHNIAH - SHEIKH MUSZAPHAR SAMBUT KEMBAR LELAKI DI HARI LAHIRNYA


Dahlah kembar, kongsi tarikh lahir sama pula tu....

Demikian halnya dengan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar apabila mendapat hadiah paling berharga di hari lahirnya yang ke-45 apabila isterinya, Datin Dr. Halina Mohd. Yunos, 35, selamat melahirkan bayi kembar lelaki kelmarin (27 Julai 2017).

Pastinya kelahiran cahaya mata kali ini merupakan saat paling manis buat Sheikh Muszaphar dan isteri kerana pertama kali menyambut kelahiran bayi kembar.





Lebih teruja adalah kelahiran kembar ini telah berkongsi tarikh hari lahir yang sama dengan bapa mereka.

Kedua-dua bayi kembar itu dilahirkan oleh isterinya masing-masing pada pukul 10.05 dan 10.07 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurut Sheikh Muszaphar, beliau berasa bersyukur dan gembira dengan kelahiran bayi kembar lelaki itu yang masih belum diberikan nama.

Klik untukk gambar besar


"Sukar mahu digambarkan betapa gembira dan bersyukurnya saya dan isteri, Datin Dr. Halina Mohd. Yunos atas kelahiran bayi kembar kami.

"Alhamdulillah proses kelahiran kedua-duanya amat mudah. Bayi pertama lahir dengan berat 2.83 kilogram (kg), manakala yang kedua seberat 2.05kg," katanya ketika dihubungi.

Menurut Sheikh Muszaphar, beliau dan isterinya sudah menjangkakan kehadiran bayi kembar mereka sewaktu menjalani ujian imbasan pada menjelang trimester pertama.



Beliau turut memberitahu bahawa anak kembarnya itu akan menangis sekiranya dipisahkan semasa tidur.

Sementara itu, katanya, kedua-dua anak perempuannya, Sophea Isabella, 6 dan Sophea Natasha, 4, dilihat sangat teruja atas kehadiran adik-adik mereka.

"Mereka berdua tidak sabar mahu menjadi kakak dan kedua-duanya terlalu gembira. Saya juga tidak sabar mahu menjaga dan mendidik mereka.



"Selepas ini jika dikurniakan rezeki, saya tidak menolak untuk mempunyai lebih ramai anak kerana saya memang sukakan kanak-kanak. Jika boleh saya mahu 10 orang anak," ujarnya.

Semoga dengan kehadiran ahli keluarga baru ini akan menambahkan lagi kebahagiaan dan keceriaan dalam keluarga mereka.

Kami doakan juga agar bayi kembar ini membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat kedua-dua ibu dan bapa mereka.






www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan



         ________________________



No comments: