15 July 2017

"ALLAH IZINKAN, KITA JUMPA SEMULA" - ABBY ABADI



Semua maklum mengenai pemergian anak kepada Abby Abadi dan Muhammad Faizal Zakaria atau lebih dikenali Jai Ezzany yang meninggal dalam kandungan.

Terkini, menerusi akaun Instagram Abby, dia baru sahaja berkongsi gambar dirinya sedang melawat kubur anaknya, Muhammad Firdaus Faizal yang baru disemadikan beberapa hari lalu.





"MuhammadFirduasFaizal 😇 Baru berkesempatan melawat tempat persemadian anak Mama/Abah. Semoga tenang di 'sana' ye anak. Jika ALLAH izinkan, kita jumpa semula ye 😍," tulis Abby.

Dengan melihat gambar Abby ini sudah cukup membuatkan perasaan sedih timbul di hati kita, inikan pula dirinya sebagai ibu yang menanggung ujian ini.

Salam takziah sekali lagi dan selamat berpantang buat Abby.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Abby Abadi




         ________________________





No comments: