06 July 2017

BEKAS KEKASIH SUFIAN SUHAIMI - ELFIRA LOY ENGGAN DIRINYA DIBANDINGKAN



Menerima cincin rombongan merisik keluarga penyanyi Sufian Suhaimi, 25, pada 30 Jun lalu, pelakon Elfira Loy, 23, berharap tiada lagi pihak yang terus membandingkan dirinya bersama bekas kekasih Sufian iaitu Izyan.

Menurut Elfira, tidak adil untuk orang ramai membandingkan kisah silam seseorang dengan apa yang berlaku pada masa kini

"Masa dengan bekas kekasihnya, Sufian belum menjadi selebriti, jadi benda yang dia buat tidak dihebahkan. Saya seorang selebriti. Benda kecil yang saya buat pun mendapat 'like' yang banyak. Betul tak?





"Kita tidak boleh membandingkan kisah lepas seseorang dengan yang sekarang. Setiap manusia berubah. Kalau pun dia tidak buat (romantik) dulu. Mengapa pula dia tidak buat sekarang. Mesti ada perubahan," ujar Elfira.

Terdahulu, Elfira dituduh sebagai punca perpisahan Sufian bersama bekas kekasihnya itu. Bagaimanapun, Sufian tampil menafikan dakwaan liar tersebut dan menjelaskan hubungan beliau dan Izyan telah putus beberapa bulan sebelum beliau dan Elfira mula berkenalan.

Dalam pada itu, Elfira berkata hubungan bersama Sufian yang mendapat restu ibu bapa antara penyebab mereka mahu melangkah ke fasa seterusnya.

Klik untuk gambar besar


"Selama ini saya tidak pernah berkenalan secara serius dengan seorang lelaki dan saya tidak pernah berkenalan dengan seorang lelaki yang direstui ibu bapa.

"Mulanya bila saya digosipkan dengan dia, saya tidak mahu kawan dengan dia tetapi bila ibu bapa saya merestui, saya pun mula berkawan.

"Tidak sangka pula dalam tempoh tiga bulan, kami boleh rapat," katanya sambil mengukir senyuman.








www.myartis.com / Sumber: MMO




         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...