06 July 2017

SALEEM MASUK HOSPITAL, DEMAM PANAS



"Sebenarnya dia sudah mengalami demam sejak sebulan tetapi sekejap baik dan kemudian demam kembali. Dia gagahkan diri sebenarnya.

"Namun semalam (Selasa) keadaannya semakin teruk dan suhu badannya meningkat sehingga 40 darjah celcius dan saya terus bawanya ke hospital," kata Juriah Bachok atau lebih mesra disapa Julia mengenai keadaan suaminya, penyanyi Saleem.

Julia ketika dihubungi memberitahu bahawa suaminya itu dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara malam Selasa akibat demam panas.





Jelas Julia, keadaan Saleem atau nama sebenarnya A M Salim Abdul Majeed, 55, semakin teruk sejak dua hari lalu sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Dalam pada itu, Julia berkata penyanyi kumpulan Iklim itu sepatutnya melakukan pembedahan bagi membuang ketumbuhan di bahagian testis pada Khamis namun ia terpaksa ditangguhkan kerana demam dialaminya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada keadaan Saleem itu berpunca daripada ketumbuhan itu dan pihak doktor telah pun melakukan beberapa ujian bagi mengetahui keadaan sebenar.

Klik untuk gambar besar


"Setakat ini doktor masih belum tahu punca sebenar kenapa dia demam panas yang berlarutan atau sama ada ia ada kaitan dengan ketumbuhan di alaminya.

"Harap peminat-peminat dapat mendoakan kesihatan suami saya agar kembali pulih seperti sedia kala," ujarnya.

Sebelum ini, dunia hiburan dikejutkan dengan berita penyanyi Mus daripada kumpulan May yang mengalami demas depan hingga menjadi sawan dan kini masih berada dalam keadaan koma.


www.myartis.com / Sumber: mStar




         ________________________





No comments: