06 July 2017

ISU FOTO SEKSI & SEKAT IG - ISTERI HAFIZ HAMIDUN TAMPIL JELASKAN



Nama isteri kepada panyanyi Hafiz Hamidun iaitu Joy Revfa tiba-tiba hangat diperkatakan selepas memuatnaik foto yang didakwa netizen sebagai kurang sesuai dengan imej wanita bertudung di akaun Instagramnya.

Gara-gara itu, foto yang dimuatnaik Joyrevfa pada Ahad lalu untuk tujuan mempromosi produknya dikecam teruk oleh netizen.





Rata-ratanya berpendapat pakaian dikenakan Joyrevfa tidak sesuai dan seksi kerana ia seolah-olah menampakkan bahagian dada walaupun dia memakai anak baju berwarna kulit.

Untuk menjelaskan tentang perkara tersebut, Joy revfa atau nama sebenarnya Sti Arifah Amin tampil dengan sebuah kenyataan.

Sementara itu, pengasas kosmetik Merve ini meluahkan rasa kesal di laman Facebooknya terhadap pihak yang mendakwa dia menyekat akaun Instagram (IG) suaminya.

Klik untuk gambar besar


Menerusi sebuah entri, Joy turut mendakwa perkara tersebut merupakan fitnah terhadap dirinya dan meminta dikemukakan bukti sekiranya benar dia menyekat akaun IG Hafiz.

Dia turut memberitahu akan mengambil tindakan saman terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya itu.

Terdahulu, Hafiz ketika ditanya tentang kontroversi tersebut memberitahu tidak tahu menahu tentang gambar seksi isterinya seperti yang diperkatakan netizen.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak




         ________________________





No comments: