13 July 2017

'COFFEE PRINCE' VERSI MALAYSIA - NETIZEN BANTAH FATTAH AMIN JADI HERO



10 tahun lalu, drama bersiri popular dari Korea Selatan, 'Coffee Prince' ini pernah menjadi kegilaan ramai bukan saja di Korea tetapi di seluruh Asia termasuklah Malaysia.

Malah, populariti drama lakonan Gong Yoo yang kini bangkit popular menerusi drama Goblin bersama bekas bintang K-POP iaitu Yoon Eun Hye dalam drama bersiri ini mampu menarik minat beberapa buah negara untuk membuat remake dalam versi negara masing-masing.





Terkini, pengarah popular, Michael Ang telah mengumumkan bakal mengarahkan drama remake 'Coffee Prince' versi Malaysia.

Drama ini akan dibuat sebanyak 28 episod dan memulakan penggambaran pada 19 Julai ini dan akan ditayangkan sekitar November 2017.

Dengan itu, beliau mengumumkan barisan pelakon utama yang bakal membintangi drama Coffee Prince versi ini termasuklah Fattah Amin yang bakal membawa watak utama yang sebelum ini dibawa oleh Gong Yoo.

Klik untuk gambar besar


Selain Fattah Amin, Janna Nick dan Hafidz Roshdi turut sama diumumkan sebagai pelakon utama untuk drama adaptasi baru ini. Namun, nama Fattah Amin menjadi sebutan para peminat tegar drama asal Coffee Prince.

Rata rata mereka tidak bersetuju dengan pemilihan Fattah Amin sebagai teraju utama drama tersebut dengan alasan sudah muak melihat wajah pelakon tersebut di kaca televisyen dan mahukan muka baru sebagai hero.

Anda rasa bagaimana? Layak atau tidak Fattah Amin menjadi salah seorang teraju utama drama Coffee Prince. Jika tidak siapakah anda rasa boleh menggantikan beliau?










www.myartis.com / Sumber: EH!




         ________________________





No comments: