03 July 2017

DIROMPAK LAGI OLEH BIBIK - NADIA MUSTAFAR RUGI RM60,000



Selepas nasib malang menimpa jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dan Nur Sajat kali ini giliran pelakon Nadia Mustafar pula menjadi mangsa apabila beliau mengalami kerugian hampir RM60,000 akibat dilarikan pembantu rumahnya.

Menurut Nadia, perkara ini disedarinya apabila dia dan keluarga kembali dari bercuti raya di Thailand kelmarin.

"Pembantu rumah ini saya dapat melalui ejen, tetapi sekadar gantian sahaja. Ikutkan dia hanya seminggu bekerja dengan saya.





"Namun memandangkan kami sudah merancang percutian sepanjang hari raya, jadi dia terpaksa saya tinggalkan di rumah.

"Ikutkan hati memang tidak sedap, saya ambil juga langkah berjaga-jaga termasuk mengunci semua pintu bilik.

Namun melihat keadaan rumah yang berselerak dan pintu yang diumpil, saya yakin dia tidak melakukannya seorang diri," ujar pemilik nama Siti Naziyah Sheikh Mustafar.

Susulan kejadian itu, Nadia sudah membuat laporan polis dan aktres ini turut mendedahkan ini merupakan kali kedua dia berhadapan situasi dirompak pembantu rumah.

Klik untuk gambar besar


"Saya memang banyak pengalaman dalam soal pembantu rumah ini. Ini juga merupakan kali kedua rumah saya dirompak mereka. Sebelum ini ada yang lari rumah.

"Soal fobia mengambil pembantu rumah memang ada, tetapi saya tidak nafikan masih memerlukan perkhidmatan mereka. Cuma selepas ini harapnya dapat yang lebih baik,' jelasnya.

Sebelum ini, Datuk Aliff turut berhadapan dengan insiden yang sama apabila tiga orang pembantu rumahnya melarikan diri selepas mencuri wang tunai dan barangan berharga usahawan terbabit di kediamannya.

Namun, ketiga-tiga pembantu rumah itu sudah berjaya ditangkap pihak polis selepas Aliff mewar-warkan insiden itu di laman sosial sehingga membawa kepada penangkapan tersebut.








www.myartis.com / Sumber: Utusan




         ________________________





No comments: