04 July 2017

AKUI NIKAH KALI KE-3 DISEMBER 2016: "TIADA NIAT RAHSIAKAN" - FIZA HALIM



"Saya tidak berniat untuk merahsiakan daripada semua orang, tapi saya mahu mendahulukan keluarga.

"Biar Allah sahaja yang tahu hubungan kami halal, buat apa nak cerita sana sini? Bukan semua orang nak mendoakan kita yang baik-baik," kata bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim, 36, yang tidak berniat merahsiakan mengenai perkahwinan kali ketiganya.

Selepas tersebar berita perkahwinannya dengan seorang juruterbang duda, Fiza Halim akhirnya tampil untuk menjelaskan status dirinya.





Menurut Fiza, dia dan lelaki bernama Aizat Al Jefri Abdul Kudus itu dinikahkan dalam sebuah majlis tertutup di kediaman adiknya di Cyberjaya, pada Disember 2016.

Sudah agak lama juga sebenarnya, namun pernikahan ini telah disembunyikan daripada pengetahuan ramai dan hanya diketahui oleh keluarga terdekat sahaja.

"Alhamdulillah, ya memang saya sudah berkahwin dengan seorang lelaki berstatus duda anak dua pada akhir tahun lalu.

"Dia bertugas sebagai juruterbang di sebuah syarikat penerbangan swasta sejak sembilan tahun lalu.

Klik untuk gambar besar


"Saya bersyukur dan bahagia sungguh pun pelbagai gosip, cacian dan tomahan yang dilemparkan sebelum ini," jelasnya.

Dalam pada itu, Fiza berharap dengan penjelasan ini, dapat memberi jawapan kepada soalan kepada orang ramai. Fiza turut berkata yang dia juga ingin melayari perkahwinan ketiga ini dengan lebih baik.

"Buat semua peminat mohon doakan kebahagian kami kekal dan harap ini kali perkahwinan terakhir sebelum kami tutup mata.



"Kami berdua akan cuba yang terbaik untuk perkahwinan kali ni dan akan saling memahami, bertolak ansur dan yang paling penting bersabar dalam apa jua keadaan.

"Fahami erti hidup dan letakkan Allah dalam hati, Insya-Allah semua akan berjalan lancar," ujarnya.

Apapu, kita selaku peminat haruslah cuba memahami perasaan Fiza yang sudah pasti ada permintaan dari keluarga dan juga sebab peribadi sehingga dia merahsiakan perkara bahagia ini.

Semoga kebahagiaan yang dicari oleh Fiza ditemui di dalam perkahwinan ini. Sama-sama kita doakan.






www.myartis.com / Sumber: mStar




         ________________________





No comments: