04 July 2017

KETUMBUHAN KELENJAR AIR LIUR - ZARA ZYA SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN



"Pada awalnya ketumbuhan itu kecil saja tetapi makin lama makin membesar. Doktor menasihatkan supaya Zara menjalani pembedahan segera kerana bimbang ia boleh merebak dan berpotensi untuk mendapat kanser

"Zara sebelum ini pernah mengadu sakit, tetapi dia biarkan saja. Namun selepas membuat pemeriksaan lanjut baru diberitahu dia mengalami ketumbuhan kelenjar air liur," kata pengurus kepada pelakon Zara Zya, Along Ailina.





Zara yang mula mengalami masalah itu sejak tiga bulan lalu, telah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan tersebut semalam.

Dalam pada itu, pengurus Zara berkata yang aktres itu kini sedang berehat selepas menjalani pembedahan selama kira-kira tiga jam bagi membuang ketumbuhan bahagian kiri mukanya itu.

"Saya berharap semuanya okay saja. Saya juga meminta peminat mendoakan kesihatan Zara. Insya-Allah saya akan maklumkan perkembangan Zara dari semasa ke semasa," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Harian Metro




         ________________________





No comments: