19 July 2017

DRAMA 'COFFEE PRINCE': "TAK TAHU ADA PETISYEN BANTAH" - FATTAH AMIN



Baru-baru ini, ada petisyen bantahan yang diwujudkan peminat pelakon Korea Selatan, Gong Yoo di Malaysia terhadap syarikat produksi Cube Film Sdn Bhd bagi mengambil Fattah Amin sebagai watak hero menerusi drama 'remake' Coffee Prince versi Malaysia

Fattah ketika ditanya mengenai hal ini memberitahu bahawa beliau dia tidak mengetahui bahawa dirinya mendapat bantahan dari peminat tegar drama tersebut untuk membawa watak hero.

Jelasnya, beliau hanya mengetahui perkara itu kelmarin selepas pulang menjalani rakaman program TV di Hutan Belum, Perak.





"Saya tidak tahu hujung pangkal pun. Tiada liputan telefon di sana dan saya 'terputus' hubungan dengan dunia luar.

"Sebaik pulang dari Hutan Belum, saya dimaklumkan bahawa pemilihan saya sebagai hero drama versi Bahasa Malaysia arahan Michael Ang mendapat bantahan pengikut setia drama asalnya.

"Tak dinafikan saya sangat selesa bekerja dengan Michael yang banyak membantu menaikkan nama saya. Namun, tidak sangka pula selepas membintangi beberapa drama arahan Michael, baru kali ini isu seperti ini berbangkit.

Klik untuk gambar besar


"Saya serahkan kepada pihak produser dan pengarah untuk membuat keputusan. Jika mereka merasakan saya layak memegang watak utama dan tidak hirau dengan bantahan serta kritikan peminat drama Coffee Prince, saya seperti biasa akan menggalas tugas yang diberikan sebaik mungkin," katanya.

Khabarnya petisyen itu dibuat menerusi laman web yang dikenali sebagai Gopetition yang menyebut pelakon drama 'Hero Seorang Cinderella' itu tidak layak memegang watak utama yang dilakonkan pelakon asalnya, Gong Yoo. Ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan pemilihan itu.

Drama remake itu turut menampilkan Janna Nick yang melakonkan watak Ko Eun-Chan. Selain Fattah, Hafidz Roshdi turut sama diumumkan sebagai pelakon utama untuk drama adaptasi baru ini.

Mungkin lakonan Fattah kali ini tidak 'sekayu' dulu, kita tunggu dan lihat sajalah.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro




         ________________________





No comments: