13 July 2017

HAMIL ANAK KE-4 - ISTERI LAN KRISTAL HARAP KEMBAR



Alhamdulillah, tahniah kami ucapkan buat vokalis kumpulan Kristal, Lan atau nama sebenarnya Razlan Mohamed yosof dan isterinya, Nur Sheila Hassim apabila bakal menimang cahaya mata keempat mereka.

Menurut isteri Lan, usia kandungannya itu baru sahaja hamil 8 minggu.

"Sebenarnya tak nak beritahu awal-awal lagi sebab baru 8 minggu kan tetapi Lan yang excited sangat macam anak pertama dia buat.





"Jadinya bila dah confirm mengandung ni, open house macam terpaksa ditangguhkan ke tahun lain sebab saya rasa loya dan muntah-muntah yang melampau. Nak dapat anak kembar kut," ujar Sheila berseloroh.

Dalam masa sama, Sheila berkata yang mereka memang bercadang untuk menimang ramai anak kerana dia merupakan anak tunggal.

Tambannya lagi, dia dan suami ingin menimang 8 orang anak sekiranya dapat.

Klik untuk gambar besar


Akhirnya sekali, Sheila dan suami bersyukur dikurniakan rezeki lagi dan berharap peminat Lan dapat mendoakan perkara baik-baik untuknya dan keluarga.

Untuk rekod, Lan dan Sheila telah mendirikan rumah tangga pada 9 Disember 2009 dan memiliki tiga orang anak bernama Nur Amna Qaleesya, Nur Amna Qeesyara dan Muhammad Akid Qassyaff.

Nampaknya, dengan bertambahnya orang baru dalam kelurga bermakna tanggungjawab Lan juga semakin bertambah.










www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan




         ________________________





No comments: