14 July 2017

JALANI KURSUS HAJI - NASH BERSYUKUR ALLAH MASIH BERI PELUANG



Mendapat tawaran mengerjakan haji dan bakal berangkat ke Mekah pada 24 Ogos depan, penyanyi Datuk Nash akui bersyukur kerana diberi peluang meskipun dia menyedari telah melakukan banyak kekhilafan kepada Tuhan Maha Esa.

"Saya sangat bersyukur, di dalam kehinaan dan dosa yang banyak tapi Allah masih beri peluang kepada saya untuk bermuhasabah diri.





"Tiada apa yang boleh saya katakan kerana saya terlalu 'speechless' saat mendapat tawaran mengerjakan Haji buat pertama kali.

"Allah pilih saya itu pun saya sudah cukup bersyukur," kata pemilik nama Nashrudin Elias, 57.

Apabila ditanya persediaannya sebelum berangkat ke tanah suci, penyanyi lagu 'Pada Syurga Di Wajah Mu' itu memberitahu dia bakal menjalani kursus Haji.

Klik untuk gambar besar


"Sebelum ini saya pernah mengerjakan ibadah Umrah sebanyak dua kali, jadi untuk perkara asas serba sedikit untuk ke tanah suci saya sudah ada.

"Namun saya tetap akan menjalani kursus Haji untuk mempelajari ilmu khusus dalam ibadah ini," katanya lagi.

Selain Nash, Datuk Hattan pun turut menerima tawaran mengerjakan haji dan akan berangkat pada tarikh tersebut.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak




         ________________________





No comments: