13 July 2017

BEKAS SUAMI MINTA 'KURANG' - ELLY MAZLEIN ANGGAP TAK MASUK AKAL



Tak masuk akal!

Demikian kata penyanyi dan pelakon Elly Mazlein mengenai permintaan suaminya pengarah drama, Azmi Hatta yang ingin mengurangkan nafkah anak dari RM1,500 kepada RM500 sebulan.

Menurut Elly, bayaran nafkah anak sebanyak RM500 yang diminta Azmi itu tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup anak mereka ketika ini.





"Bayangkan bayaran untuk suntikan imunisasi anak saja sudah mencecah RM400 sebulan. Ia belum termasuk kos sara hidup lain seperti bil hospital ketika anak sakit, lampin pakai buang, insurans dan sebagainya," katanya.

Dalam masa sama, Elly berkata yang dia tidak terkejut dengan permintaan Azmi yang dikemukakan menerusi peguamnya itu kerana sudah menyangka dia akan berbuat sedemikian.

"Sebenarnya, saya sudah tahu permainannya. Sebab itu saya hanya ketawa ketika majlis sulh selesai, hari ini (12.7.17).

"Saya juga tidak boleh terima alasannya (Azmi) untuk meminta pengurangan bayaran nafkah anak kami itu kerana tidak mampu

Klik untuk gambar besar


"Alasan utamanya adalah disebabkan dia terpaksa menanggung kos bayaran motosikal berkuasa tinggi berjumlah RM1,150 sebulan.

"Bagi saya alasan itu tidak munasabah. Sebab itu saya berkeras untuk menuntut RM1,500 sebulan seperti mana yang telah diputuskan mahkamah sebelum ini.

"Bukan itu sahaja, saya juga akan mengambil tindakan terhadapnya kerana ingkar perintah mahkamah selepas dia gagal memperuntukkan perbelanjaan sempena Aidilfitri berjumlah RM1,500," ujarnya.



Elly berkata demikian ketika dihubungi selepas majlis sulh yang turut dihadiri Azmi dan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, jam 2.30 petang semalam.

Tambah Elly, dia percaya Azmi mampu untuk membayar nafkah anak mereka seperti yang diputuskan mahkamah sebelum ini.

"Justeru, tiada kata sepakat dicapai pada majlis sulh petang tadi (12.7.17) dan kes ini akan dibicarakan semula depan hakim pada 8 Ogos nanti," tuturnya.

Elly dan Azmi berkahwin berkahwin pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia setahun empat bulan.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & Utusan




         ________________________





No comments: