31 July 2017

KEKASIH AFIFAH 'MASIH SETIA' - ALIFF AZIZ & BELLA 'BERDAMAI'


Dibebaskan daripada tahanan kelmarin atas jaminan polis, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mengesahkan yang beliau sudah berdamai dengan isterinya selepas apa yang terjadi selain bersyukur sudah dibebaskan pihak polis.

Dalam masa sama, beliau yang berasal dari Singapura itu memberitahu bahawa isterinya itu sudah memaafkannya.

"Setiap manusia pasti buat salah. Saya dah mulakan hidup baru. Apa orang nak cakap sekalipun, saya terima dan kena hadap.





"Ketika berjumpa Bella, saya terus minta maaf. Alhamdulillah dia memaafkan saya. Macam mana sekali pun saya tetap suaminya.

"Ingin dijelaskan juga saya bukan kaki pukul seperti dihebohkan. Saya tak memukul Bella pun. Malah dalam laporan polis, Bella tak cakap pun perkara itu. Bergelut dan belasah dua perkara berbeza.

"Memang betul saya buat salah, tapi dia tahu saya takkan sampai ke tahap itu. Berita tak betul seperti itu membuatkan Bella terkilan," katanya.

Dalam pada itu, Aliff juga mengatakan yang beliau akan mengadakan sidang media hari ini untuk menjawab segala pertanyaan media dan peminat.

Klik untuk gambar besar


"Saya berharap apabila berjumpa rakan media esok semua orang akan jelas dan faham. Saya pun tak berhubung dengan pihak sana dan tak tahu apa tindakan mereka.

"Apa yang penting adalah rumah tangga dan keluarga saya sekarang," ujarnya yang mempunyai seorang anak, Mohamad Ayden Adrean hasil perkahwinannya dengan Bella.

Sementara itu, teman lelaki Afifah Nasir yang dikenali sebagai Wan Ariff turut menjadi perhatian. Menyedari perkara tersebut, Wan Ariff mengeluarkan kenyataan di Instagram miliknya.



"Ya saya sudah tengok CCTV, malah sebelum artikel dan video tersebar. Tapi saya masih bersama dia (Afifah). Ia pasti ada alasan kan? Sabar," tuturnya di laman sosial tersebut.

Tujuan Wan Ariff mengeluarkan kenyataan tersebut adalah kerana asakan pertanyaan tentang hubungannya bersama adik kepada Anzalna Nasir selepas kontroversi berlaku.

Selain itu, warga laman sosial turut dilihat meninggalkan komen yang rata-ratanya menyatakan rasa tidak puas hati dengan tindakan kekasih Wan Ariff.

Apa pun, jika benar apa yang dikatakan oleh Wan Ariff, sama-samalah kita tunggu jawapan sebenar yang sehingga kini masih belum didedahkan.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & Wan Ariff IG




         ________________________



No comments: