30 July 2017

27 GAMBAR - SELAMAT NIKAH, NINA AF KINI ISTERI ARKITEK


Tahniah diucapkan kepada bintang program realiti Akademi Fantasia (AF) 2014, Nina Nadira apabila sah menjadi isteri seorang arkitek, Ahmad Farhan Rusman dengan dua kali lafaz semalam.

"Alhamdulillah, selesai sudah majlis nikah. Semoga permulaan kehidupan kami akan diberkati dan dipermudahkan... Insya-Allah," kata Nina.

Pasangan yang masing-masing berusia 25 tahun itu dinikahkan bapa Nina, Naharuddin Nordin, sambil disaksikan kira-kira 100 tetamu dalam satu majlis ringkas di sebuah hotel, kira-kira 11.30 pagi.





Pada majls tersebut, Farhan menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 kepada Nina. Jumlah wang hantaran bagaimanapun dirahsiakan.

Manakala hantaran pula, pihak pengantin perempuan menyerahkan 10 dulang berbalas lapan daripada pengantin lelaki.

Difahamkan, pasangan ini akan diraikan dalam majlis resepsi di sebuah hotel hari ini. Majlis bertandang pula akan diadakan di Alor Setar, Kedah, pada 24 Disember depan.

Klik untuk gambar besar


Nina dan Ahmad Farhan yang bertemu ketika menuntut di Melbourne, Australia, tahun lalu itu mengikat tali pertunangan pada 25 Mac lalu.

Ditanya mengenai karakter suaminya, Nina menyifatkan Farhan lelaki bertanggungjawab.

"Kami mempunyai tarikan bertentangan. Saya berjiwa seni, dia pula lebih bersandarkan pemikiran logik. Mungkin itulah yang melengkapi diri kami," katanya yang menuntut dalam bidang seni drama di Universiti Deakin, Melbourne.

Pasangan yang juga tidak menolak rezeki untuk mendapat cahaya mata dalam masa terdekat itu merancang berbulan madu di Phuket, Thailand, akhir tahun ini.




















































www.myartis.com / Sumber: Berita Harian




         ________________________



No comments: