27 July 2017

LIYANA JASMAY SAHKAN MULA BERHIJAB SEJAK SEMALAM



Menerusi kemas kini Instagram, pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay, 29, telah memuatnaik sekeping gambarnya mengenakan hijab.

Dalam masa sama, jurusolek selebriti, Ary Muzamer juga turut memuatnaik sekeping gambar Liyana tampil berhijab dengan kapsyen yang berbunyi 'Semoga terus istiqamah... Amin.'

Enggan perkara tersebut terus menjadi teka teki banyak pihak, empunya badan telah ditanya mengenai perkara ini dan telah mengesahkan bahawa dirinya itu kini mula tampil berhijab.





Liyana berkata semalam adalah hari pertama dia bertudung dan berdoa semoga diberikan ketetapan hati.

"Saya sebenarnya segan nak bercerita, tetapi disebabkan ramai bertanya jadi tak salah jika saya berkongsi.

"Ibu saya juga berpesan agar perlahan-lahan dalam perjalanan baru ini dan menjadi diri sendiri walau dalam apa jua situasi.

Klik untuk gambar besar


"Apa pun saya bersyukur dengan penghijrahan ini. Saya berdoa semoga terus istiqomah," ujar ibu kepada dua cahaya mata ini.

Liyana yang juga penyanyi lagu 'Oh Na Na' menjelaskan keputusannya itu bukan atas paksaan atau desakan mana-mana pihak.

Dalam pada itu, kata Liyana, penghijrahannya itu bukan penghalang untuknya terus aktif dalam bidang lakonan dan nyanyian.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro




         ________________________





No comments: