26 July 2017

NORLIA GHANI NAFI DAH TUA 'TAK INGAT TUHAN'



Gara-gara segelintir netizen menasihati Norlia Ghani, 69, agar ke masjid dan mengingati Tuhan dalam usia senja, pelakon veteran itu sebaliknya berkata dia sentiasa bersyukur dengan kehidupannya hari ini dan menafikan semua tomahan yang dilemparkan.

"Alhamdulillah... pada usia sekarang saya masih sihat, kuat. Saya bersyukur banyak-banyak dan soal rezeki juga saya serahkan kepada Tuhan. Pada usia sebegini jangan ingat saya tak fikir ‘di sana’ (kematian) tetapi rezeki, tetap perlu dicari," ujar Norlia dipetik sebagai berkata.





KENAPA MASIH BERLAKON DALAM USIA EMAS? 

"Biarlah apa orang nak kata, sebab tak semua orang tahu artis veteran ni bukan hidup senang. Orang luar ingat semua artis tu kaya.

"Yalah, kita ni bila keluar rumah kena pakai cantik-cantik sebab kita artis tapi belum tentu kita ada duit."


Nasihat netizen di laman sosial minggu lalu



KOS SARA HIDUP 

"Saya masih lagi tinggal menyewa. Sebulan kena bayar sewa dalam RM1,000 lebih. Saya ada mohon rumah PPR (rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat) dah sekian lama tapi sampai sekarang tak dapat.

"Nak harapkan anak-anak, memang mereka ada bantu tapi mereka pun ada keluarga sendiri. Takkan kita nak minta duit anak-anak pula?."

 

Norlia ketika hadir di majlis marhaban di UK perdana bersama kumpulan AWM


BERAPA BAYARAN LAKONAN? 

"Kalau orang muda tu, produser sanggup bayar puluh ribu untuk watak utama. Kalau veteran macam Mama ni, dia orang bayar RM6,000. Jumlah tu memang sikit tapi apa nak buat, kalau tak ambil, macam mana nak makan?

"Ada juga sesetengah pelakon veteran sanggup menerima bayaran walaupun dibayar RM2,000 atau RM3,000 saja demi mencari sesuap nasi.

"Menjadi pelakon tidak seindah seperti yang dilihat di televisyen sebaliknya kehidupan mereka sengsara terutamanya ketika usia semakin lanjut."


Norlia ketika hadir di majlis marhaban di UK perdana bersama kumpulan AWM


BANTUAN ANAK-ANAK 

"Anak saya iaitu pelakon Rusdi Ramli tidak melepaskan tanggungjawab membantu, namun saya tidak mengharapkannya yang mempunyai tanggungjawab lain iaitu keluarganya sendiri."



:: Sumber: Mstar ::




         ________________________





No comments: