25 July 2017

BUDAK 16 TAHUN HANTAR FOTO LUCAH - FARAHDHIYA BERANG



Penyanyi dan pelakon Farahdhiya tidak dapat menahan amarahnya apabila ada juga remaja bawah umur yang masih lagi bersekolah sudah berani untuk menghantar foto lucah kepadanya menerusi akaun Instagram.

Malah, remaja itu mengulangi perbuatan tidak senonoh itu beberapa kali sehingga Farahdhiya terpaksa menyekat individu sebegitu daripada terus mengganggunya.

Bukan itu sahaja, sebelum ini penyanyi lagu 'Bertakhta Di Hati' ini pernah menerima pelbagai mesej berbaur lucah daripada lelaki berhidung belang menerusi akaun Instagramnya.





"Memang geram dan sakit hati sebab di usia semuda itu mereka sudah berani menghantar gambar sedemikian pada saya. Takde rasa hormat langsung!

"Yang guna akaun palsu memang banyak tetapi ada yang lebih berani menggunakan akaun peribadi dan mengambil gambar tak senonoh menampakkan sebahagian dari alat sulit dan muka mereka.

"Apa tak ada perasaan malu ke?" katanya yang kini berusia 33 tahun.

Klik untuk gambar besar


Lebih membuatkan dia rasa kecewa, kebanyakan yang berani menghantar gambar sebegitu adalah daripada kalangan remaja yang masih bergelar pelajar sekolah berdasarkan identiti dalam profil.

Dalam pada itu, tambah Farahdhiya, dia tidak berniat untuk membuat laporan polis namun lega dapat menyekat akaun individu terbabit.

Di satu sisi kata pemilik nama Farahdhiya Mohamed Amin ini lagi, dia kini sering mengambil langkah berjaga-jaga dalam setiap hal kerana agak trauma dengan kes cabul dan rogol di luar sana.



Malah katanya, dia tidak akan sesekali menyatakan lokasi atau berkongsi lokasinya di Instagram bagi tujuan keselamatan.

"Saya mengambil langkah untuk tidak akan menaiki perkhidmatan Grab Atau Uber atas sebab-sebab keselamatan dan saya lebih selesa untuk memandu sendiri.

"Entahlah, kadang-kadang saya tak faham kenapa orang perlu nak check in kat mana-mana mereka berada. Perkara tersebut jelas mengundang bahaya," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber: mStar




         ________________________





No comments: